| Biduk Lalu Kiambang Bertaut Biduk lalu kiambang bertaut Nakhoda Kasap duduk termenung Gila latah ikan di laut Melihat umpan di kaki gunung |
| Pakai Seluar Labuh ke Bawah Pakai seluar labuh ke bawah Ikut permatang jalan melenggang Nampak zahir memang mewah Tapi hutang keliling pinggang |
| Rumah Besar Berdinding Tidak Rumah besar berdinding tidak Beratapkan daun palas Badan besar beristeri tidak Itu tandanya orang pemalas |
| Adik Nama Comat Adik nama Comat Suka beri salam Budak ketawa kuat Suka kecing malam |
| Dari Ambun Hendak ke Perak Dari Ambun hendak ke Perak Singgah di Jeram Mengkuang Si Awang Kenit mencuri kerak Hidung berbelang terpalit arang |
| Gemuruh Tabuh Bukan Kepalang Gemuruh tabuh bukan kepalang Diasah lembing berkilat-kilat Gementar tubuh harimau belang Nampak kambing pandai bersilat |
| Bapa Gergasi Menebar Jala Bapa gergasi menebar jala Pegang tali melintuk-liuk Masakan pengerusi tak garu kepala Melihat ahli semua mengantuk |
| Orang Sibu Menunggang Kuda Orang Sibu menunggang kuda Kuda ditunggang patah pinggang Masih mahu mengaku muda Padahal cucu keliling pinggang |
| Buah Salak di Rumah Tok Imam Anna Abadi memasang panjut FR tolong menghalau lalat Kucing tidur bangkit terkejut Melihat tikus pandai bersilat |
| Ketika Perang di Negeri Jerman Ketika perang di negeri Jerman Ramai askarnya mati mengamuk Rangup gunung dikunyah kuman Lautan kering dihirup nyamuk |
| Tahankan Jerat Gunakan Tali Tahankan jerat gunakan tali Pacak kuat biar melekap Kalau bini suka membeli Hutang berbaris suami ke lokap |











0 komentar:
Posting Komentar